Friday, 7 November 2014

ENTRI 3 : KOMUNIKASI

BAHASA VERBAL DAN NON-VERBAL SEBAGAI CERMINAN MASYARAKAT DALAM NOVEL-NOVEL MELAYU
JURNAL PENGAJIAN MELAYU, JILID 18, 2007

   Jurnal ini dikarang oleh Arba'ie Sujud, Che Ibrahim Salleh dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. Objektif pengarang dalam jurnal ini ialah mengisahkan tentang kelebihan novel-novel Melayu yang merealisasikan pernyataan verbal dan non-verbal. Secara keseluruhannya, pengarang memberi keutamaan kepada peranan pernyataan verbal dan pernyataan non verbal. Bahasa merupakan medium yang mengeratkan atau menghubungkan ikatan pemikiran antara dua pihak. Penyataan bahasa boleh dikategorikan kepada dua iaitu verbal dan non-verbal. Verbal didefinisikan sebagai pengucapan bersuara manakala non-verbal memperlihatkan penggunaan bahasa badan iaitu reaksi tertentu sebagai lambang. Ketika berinteraksi, dengan pihak lainkita boleh melihat bahasa-bahasa, nilai-nilai yang berbeza. Pernyataan verbal dan non-verbal memenuhi tatacara yang mempunyai sifat kehalusan dan kemurnian sesuatu bahasa serta budaya.

PERNYATAAN VERBAL

   Pernyataan ini bertujuan untuk membentuk pemikiran, perasaan, dan tindak balas terhadap sesuatu isu atau persoalan. Bagi masyarakat Melayu pernyataan verbal mempunyai hubungan dengan nilai dan budi seseorang tersebut. Mereka mempunyai tatacara pernyataan yang dijadikan ketinggian akhlak manusia.

PERNYATAAN VERBAL SEBAGAI CERMINAN BUDI MASYARAKAT.

   Semasa berinteraksi masyarakat Melayu mempertimbangkan beberapa faktor untuk menjalin hubungan iaitu cara berbahasa yang berkesan dan berhemah. Mereka tidak menggunakan perkataan-perkataan yang menyinggungkan perasaan kerana ia merenggangkan  ikatan dan proses komunikasi tidak berlaku dengan berkesan. Oleh itu, mereka lebih menggunakan bahasa kiasan untuk menyatakan maksud sebenar mereka. Walaupun berhadapan dengan musuh mereka tetap menggunakan budi bahasa Melayu. Selain itu, penggunaan peribahasa turut menghaluskan budi Melayu dalam proses komunikasi dengan melambangkan identiti Melayu seperti berdiri teguh akan keluhuran keturunannya. Kata bidalan juga turut digunakan untuk menunjukkan identiti bangsa mereka dalam karya penulisan novel. Rentetan itu, ukuran nilai baik dan buruk bersifat sebjektif kerana ia berbeza mengikut bangsa dan tamdun budaya itu. Seseorang khalayak pembaca dari luar perlu memahami kod dan simbol-simbol sesuatu bahasa bagi memudahkan kefahaman dan pentafsiran. Penerapan sosiobudaya boleh diperoleh dengan pengalaman peribadi dan pemerhatian dengan fenomena yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.

PERNYATAAN VERBAL SEBAGAI CERMINAN KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALIS MELAYU

   Setiap lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab yang berbeza kepada negaranya. Novel-novel Melayu mengimbas kembali detik-detik kehandalan pahlawan-pahlawan Melayu. Semangat nasionalis yang tinggi dan jasa mereka tetap disanjung tinggi. Pernyatan verbal dapat ditunjukkan dengan jelas melalui situasi dalam novel untuk membangkitkan semangat perjuangan. Novel-novel ini membangkitkan sumbangan dan tanggungjawab mereka dalam menentukan corak kepimpinan dan pentadbiran negara termasuk hal-hal yang berhubung dengan kesetiaan, semangat patriotisme dan agama. Kesetiaan merupakan peranan utama ditunaikan oleh semua untuk mempertahankan nedara daripada ancaman luar.

PERNYATAAN VERBAL SEBAGAI CERMINAN ADAT SOPAN ORANG MELAYU

  Menghormati tetamu adalah satu adat sopan budaya Melayu. Adat sopan yang halus ketika Melayan tetamu terdapat keseimbangan antara gerak lalu dan tutur kata. Ia menunjukkan keutuhan peribadi seseorang itu.

PERNYATAAN VERBAL SEBAGAI CERMINAN DALAM PEMBENTUKAN SISTEM KEKELUARGAAN POSITIF

  Hubungan kekeluargaan amat penting dalam sistem keluarga Melayu. Unsur ini ditekankan dalam kebanyakkan novel-novel Melayu.  Ibubapa menjadi 'contoh' kepada anak-anak dalam kehidupan. Unsur kasih sayang tersemai dalam masyarakat Melayu menjadi tali pengikat kepada keutuhan sistem kekeluargaan. Sistem kekeluargaan yang positif membantu ke arah pembentukan moral yang berakhlak.

PERNYATAAN VERBAL SEBAGAI CERMINAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA.

  Bahasa merupakan satu jenis perilaku atau perbuatan  bahasa yang mempunyai satu situasi penggunaan. Orang Melayu berpegang teguh kepada agama islam yang mempercayai tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah. Mereka yakin Islam menjadi panduan dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, kepercayaan karut turut dijadikan kepercayaan masyarakat Cina. Segelintir masyarakat Cina, menganggap kehadiran seorang anak perempuan membawa sial dan sanggup membuang anaknya. Jika dilihat dari sudut psikologi, masyarakat bertindak sedemikian kerana berada dalam mekanisme helah bela diri pengalihan. Unsur ini jelas ditunjukkan dalam karya-karya Melayu untuk mengubah pemikiran masyarakat.

PERNYATAAN NON-VERBAL 

  Dalam proses komunikasi, tanpa disedari melibatkan gerakan badan, ekspresi wajah, dan gerakan mata. Non-verbal mempunyai makna dan tafsiran yang luas. Sebanyak 65% dalam proses komunikasi terdapat pernyataan non-verbal.

PERNYATAAN NON-VERBAL SEBAGAI CERMINAN ADAT MELAYAN TETAMU

   Terdapat lima perbezaan fungsi yang melambang non-verbal iaitu ilustrasi dan isyarat-isyarat penghubung bicara lain, isyarat-isyarat konvensional, gerakan mengekspresikan keperibadian dan yang kelima ialah gerakan yang memberi pemaknaan tertentu. Gerak-geri mengekspresikan pelbagai hal antaranya keterbukaan, sikap bertahan dan lain - lain lagi.

PERNYATAAN NON-VERBAL SEBAGAI CERMINAN ADAT HORMAT MASYARAKAT MALAYSIA

   Orang Melayu mempunyai adat untuk menghormati raja-raja Melayu. Bagi orang Cina, mereka menghormati orang lain dengan cara berdiri atau bertepuk tangan. Dalam novel-novel Melayu pengarang cuba menunjukkan batapa kuatnya  penerapan budayaMelayu ini bukan sahaja digunakan oleh orang Melayu tetapi juga digunakan oleh orang asing.

 PERNYATAAN NON-VERBAL SEBAGAI CERMINAN RASA HATI INDIVIDU

   Manusia sentiasa berada dalam keadaan berperang dalam dirinya iaitu mengalami perasaan suka, duka, gelisah, takut, dan sebagainya. Ada dalam kalangan masyarakat yang mementingkan status, harta dan pangkat dalam kehidupan tanpa meluahkan perasaan melalui pernyataan verbal tetapi boleh diketahui melalui sikap angkuh mereka.  

PERNYATAAN NON-VERBAL MEMCERMINKAN BUDAYA HIDUP MASYARAKAT KOTA

Budaya hidup masyarakat kota seperti pergaulan bebas mencerminkan masyarakat yang rendah moralnya. Etika kekeluargaan penting untuk mengatasi masalah ini. Mereka mengabaikan kepentingan beradab dalam kehidupan maka melakukan perbuatan yang men jatuhkan maruah diri. Tingkah laku seperti itu berlalu kerana id seseorang itu begitu tinggi dan tidak dapat dikawal oleh ego. Oleh itu akal merupakan nikmat yang dikurniai oleh ALLAH dalam memikirkan kelakuan seseorang. Allah memerintah manusia agar menggunakan akal untuk memahami fenimena alam semsta ini.

KESIMPULAN

Pada pendapat saya, jurnal ini sesuai dan perlu dibaca oleh generasi baru agar sedar akan perbezaan pernyataan verbal dan nonverbal dalam karya-karya Melayu. Menguasai kemahiran berkomunikasi akan menjadikan seseorang itu lebih mudah mendapat teman dan diterima dalam masyarakat. Saya berharap agar hubungan antara manusia amat penting dalam kehidupan kerana  proses komunikasi dunia akan menjadi bisu. Setiap manusia perlu menjaga hubungan antara satu sama lain untuk kebahagian sejahtera.


ENTRI 2 : PERMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PERMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
( Syarahan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan IPG Tengku Ampuan Afzan , Kuala Lipis Pahang pada 25 februari 2010)

   Syarahan ini dikarang oleh Prof Dr Awang Sariyan. Beliau merupakan penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China. Objektif pengarang dalam syarahan ini ialah menyedarkan masyarakat  mengisahkan tentang bahasa Malaysia sebagai salah satu asas pembinaan negara bangsa sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Beliau menyarankan beberapa aspek utama tentang Bahasa Malaysia iaitu peranan bahasa, sorotan sejarah, Bahasa sebagai pembinaan negara bangsa, pemantapan dan kemantapan korpus bahasa Melayu sebagai prasyarat, merenung dan merancang pemerkasaan bahasa pada waktu mendatang. Kelebihan pengarang dalam syarahan ini ialah b eliau mengulaskan kedudukan bahasa dalam era globalisasi ini dan sikap masyarakat terhadap penggunaan Bahasa Melayu. Bahasa kebangsaan hanya dijadikan sebagai alat komunikasi tetapi peranan dan keistimewaanya tidak dianggap penting. Kenggulan Bahasa Melayu perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat untuk menilai pentingnya bahasa milik bangsanya sebagai asa jati diri. Masyarakat kini terlalu materialistik sehingga mindanya mudah terpengaruh dengan unsur-unsur luar.

PERANAN BAHASA DALAM PEMBINAAN TAMADUN
    
   Bahasa menjadi tunjang kepada pembinaan tamadun awal dunia. Tamadun Yunani dan tamadun Greek menjadi sumber utama kepada tamadun-tamadun bangsa-bangsa barat kerana keampuhan bahasa Yunani merupakan asas kekuatan tamadun Yunani. Selain itu, kekuatan bahasa arab mengasaskan tamadun bangsa Arab. Bahasa Arab menjadi bahasa pengucapan kedudukan yang tinggi sebelum kedatangan Islam. Sarjana Islam dalam pelbagai bidang menyebabkan bangsa-bangsa barat mengambil manfaat daripada kekayaan ilmu Tamadun Arab Islam diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.Manakala peranan Bahasa Melayu diluaskan sebagai asas pembinaan negara bangsa dan negara merdeka iaitu Malaysia. Dari segi perspektif Islam, bahasa memainkan peranan penting dalam penyuburan sesebuah tamadun kerana dianggap Allah S.W.T membezakan manusia dengan makhluk lain dengan 2 nikmat besar iaitu akal dan bahasa. Dengan ini , dapat disimpulkan bahawa setiap tamadun dapat dibangunkan dengan pembangunan lahiriah sekaligus dengan meminjam bahasa asing.

BAHASA MELAYU ASAS PEMBINAAN TAMADUN BANGSA : SOROTAN SEJARAH

  Zaman Melayu Kuno merupaka gelombang ertama tamdun Melayu diwujudkan. Sriwijaya menjadi kerajaan kerana sistem pemerintahan yang utuh. Penggunaan Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan bahasa pengajian ilmu. Bahasa Melayu menerima banyak kosa kata, unsur tatabahasa bahasa Sanskrit. Dalam bentuk sistem kesultanan kebangkitan kerajaan-kerajaan Melayu dikenalpasti dalam gelombang tahap kedua, Pada zaman ini, Bahasa Melayu mengalami perubahan yang mantap dalam bidang kosa kata dan tatabahasa. Kedatangan Islam mengalami perubahan dalam Bahasa Melayu iaitu memasukkan kosa kata yang mewakili tasawur dan pandangan sarwa islam dalam aspek kepercayaan dan kehidupan masyarakat. Bahasa Melayu digunakan dalam pentadbiran, undang-undang, diplomasi, perdagangan, ilmu dan pendidikan pada zaman kesultanan Melayu.

BAHASA MELAYU ASAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA

  Istilah 'bangsa' mempunyai makna yang luas daripada istilah 'ras'. Maka negara bangsa dalam konteks Malaysia dirujuk kepada bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai ras. Konsep pembinaan negara bangsa bertunjangkan beberapa dasar antaranya Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain lagi. Dalam Dasar Bahasa Kebangsaan dapat membincangkan usaha memartabatkan bahasa untuk membina negara bangsa. Kedudukan bahasa sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi asas kontrak sosial rakyat Malaysia, kedudukan raja-raja Melayu, agama islam sebagai agama rasmi dan hak keistimewaan orang Melayu. Kewujudan semangat kebangsaan merupakan kebangkitan semangat holistik sifatnya. Gerakan Nasionalisme di Maktab Sultan Idris Tanjung Malim,wartawan, sasterawan, bangsawan tampak nyata berkobar dalam ketiga-tiga kongres bahasa dan Persuratan Melayumembuktikan penghayatan erti kemerdekaan tanah air.
 
  Penubuhan Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Prinsip Jus Soli menggalakkan orang bukan Melayu diterima sebagai rakyat Malaysia. Manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Perseketuan. Bahasa Melayu menjadi salaha satu penggerak jentera pentadbiran negara. Ia mengisi erti pendemokrasian pendidikan dengan pelbagai ilmu disampaikan kepada rakyat melalui bahasa yang satu. Kemenangan sistem pendidikan membentukkan kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai dan pandangan sarwa dan terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Masalah pelaksanaan dasar bahasa ialah ketidatekalan sikap, pendirian, perlaksanaan, pemahaman silap tentang konsep dan falsafah pembangunan orang bukan Melayu mementingkan bahasa sendiri dan orang Melayu yang celik memandang rendah akan bahasa sendiri.

PEMANTAPAN DAN KEMANTAPAN KORPUS BAHASA MELAYU SEBAGAI PRASYARAT

  Terlepas daripada polemik, linguistik, sosiolinguistik tentang sistem bahasa yang dimantapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dapat dikataka bahawa Bahasa Melayu telah mencapai kemantapan korpusnya. Permantapan korpus bahasa dalam pelbagai istilah dan tafsiran mempunyai erti yang paling penting dalam pembinaan tamadun bangsa dan negara. Bangsa yang bertamadun memiliki bahasa yang standard dan ragam. Sekiranya melihat penguasaan sistem Bahasa Melayu masih belum mencapai tahap penggunaan Bahasa Melayu tinggi.

MERENUNG DAN MERANCANG PEMERKASAAN BAHASA MELAYU PADA WAKTU MENDATANG.

  1. Perancangan yang berkaitan dengan taraf dan peranan bahasa Melayu
  • Peruntukkan undang-undangtentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam perlaksanaan dan penguatkuasaannya.
  • Taraf dan peranan bahasa Melayu perlu diperluas ranah penggunaanya.
  • Taraf dan penggunaan bahasa sebagai bahasa pengantar pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 17 (1) Akta Pendidikan 1996 hendaklah dikuatkuasakan dalam sistem pendidikan negara.
  • Pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu untuk pelbagai lapisan khalayak perlu dijadikan agenda negara.
  • Perlu ditubuhkan jabatan dan unit audit bahasa yang memantau penguatkuasaan dasar bahasa, terutama dalam bidang pentadbiran.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka yang diaktakan sebagai badan perancangan bahasa dan sastera kebangsaan hendaklah diberi wewenang sebagaimana yang seharusnya.
2. Perancangan yang berkaitan dengan pemupukan bahasa Melayu tinggi
  • Sebagai bahasa tonggak tamadun, usaha bersepadu melalui semua kementerian , jabatan dan agensi kerajaan  serta swasta perlu dirancang untuk membudayakan atau memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi.
  • Media cetak atau elektronik perlu meningkatkan peranan dalam pembudayaan bahasa Melayu tinggi.
3. Langkah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional
  • Bahasa Melayu perlu dirancang menjadi bahasa Supranasional, iaitu bahasa serantau dan bahasa antarabangsa.
 KESIMPULAN

Pada pendapat saya, syarahan ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat untuk menyedarkan peranan masing-masing dalam memartabatkan bahasa. Saya berharap agar ketekalan sikap dan pendirian para pemimpin negara agar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pencang pembinaan negara bangsa perlu ditingkatkan dan diperkukuh. 

* BAHASA JIWA BANGSA*