Friday, 7 November 2014

ENTRI 2 : PERMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PERMARTABATAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
( Syarahan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan IPG Tengku Ampuan Afzan , Kuala Lipis Pahang pada 25 februari 2010)

   Syarahan ini dikarang oleh Prof Dr Awang Sariyan. Beliau merupakan penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China. Objektif pengarang dalam syarahan ini ialah menyedarkan masyarakat  mengisahkan tentang bahasa Malaysia sebagai salah satu asas pembinaan negara bangsa sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Beliau menyarankan beberapa aspek utama tentang Bahasa Malaysia iaitu peranan bahasa, sorotan sejarah, Bahasa sebagai pembinaan negara bangsa, pemantapan dan kemantapan korpus bahasa Melayu sebagai prasyarat, merenung dan merancang pemerkasaan bahasa pada waktu mendatang. Kelebihan pengarang dalam syarahan ini ialah b eliau mengulaskan kedudukan bahasa dalam era globalisasi ini dan sikap masyarakat terhadap penggunaan Bahasa Melayu. Bahasa kebangsaan hanya dijadikan sebagai alat komunikasi tetapi peranan dan keistimewaanya tidak dianggap penting. Kenggulan Bahasa Melayu perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat untuk menilai pentingnya bahasa milik bangsanya sebagai asa jati diri. Masyarakat kini terlalu materialistik sehingga mindanya mudah terpengaruh dengan unsur-unsur luar.

PERANAN BAHASA DALAM PEMBINAAN TAMADUN
    
   Bahasa menjadi tunjang kepada pembinaan tamadun awal dunia. Tamadun Yunani dan tamadun Greek menjadi sumber utama kepada tamadun-tamadun bangsa-bangsa barat kerana keampuhan bahasa Yunani merupakan asas kekuatan tamadun Yunani. Selain itu, kekuatan bahasa arab mengasaskan tamadun bangsa Arab. Bahasa Arab menjadi bahasa pengucapan kedudukan yang tinggi sebelum kedatangan Islam. Sarjana Islam dalam pelbagai bidang menyebabkan bangsa-bangsa barat mengambil manfaat daripada kekayaan ilmu Tamadun Arab Islam diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.Manakala peranan Bahasa Melayu diluaskan sebagai asas pembinaan negara bangsa dan negara merdeka iaitu Malaysia. Dari segi perspektif Islam, bahasa memainkan peranan penting dalam penyuburan sesebuah tamadun kerana dianggap Allah S.W.T membezakan manusia dengan makhluk lain dengan 2 nikmat besar iaitu akal dan bahasa. Dengan ini , dapat disimpulkan bahawa setiap tamadun dapat dibangunkan dengan pembangunan lahiriah sekaligus dengan meminjam bahasa asing.

BAHASA MELAYU ASAS PEMBINAAN TAMADUN BANGSA : SOROTAN SEJARAH

  Zaman Melayu Kuno merupaka gelombang ertama tamdun Melayu diwujudkan. Sriwijaya menjadi kerajaan kerana sistem pemerintahan yang utuh. Penggunaan Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan bahasa pengajian ilmu. Bahasa Melayu menerima banyak kosa kata, unsur tatabahasa bahasa Sanskrit. Dalam bentuk sistem kesultanan kebangkitan kerajaan-kerajaan Melayu dikenalpasti dalam gelombang tahap kedua, Pada zaman ini, Bahasa Melayu mengalami perubahan yang mantap dalam bidang kosa kata dan tatabahasa. Kedatangan Islam mengalami perubahan dalam Bahasa Melayu iaitu memasukkan kosa kata yang mewakili tasawur dan pandangan sarwa islam dalam aspek kepercayaan dan kehidupan masyarakat. Bahasa Melayu digunakan dalam pentadbiran, undang-undang, diplomasi, perdagangan, ilmu dan pendidikan pada zaman kesultanan Melayu.

BAHASA MELAYU ASAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA

  Istilah 'bangsa' mempunyai makna yang luas daripada istilah 'ras'. Maka negara bangsa dalam konteks Malaysia dirujuk kepada bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai ras. Konsep pembinaan negara bangsa bertunjangkan beberapa dasar antaranya Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain lagi. Dalam Dasar Bahasa Kebangsaan dapat membincangkan usaha memartabatkan bahasa untuk membina negara bangsa. Kedudukan bahasa sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi asas kontrak sosial rakyat Malaysia, kedudukan raja-raja Melayu, agama islam sebagai agama rasmi dan hak keistimewaan orang Melayu. Kewujudan semangat kebangsaan merupakan kebangkitan semangat holistik sifatnya. Gerakan Nasionalisme di Maktab Sultan Idris Tanjung Malim,wartawan, sasterawan, bangsawan tampak nyata berkobar dalam ketiga-tiga kongres bahasa dan Persuratan Melayumembuktikan penghayatan erti kemerdekaan tanah air.
 
  Penubuhan Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) menegaskan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Prinsip Jus Soli menggalakkan orang bukan Melayu diterima sebagai rakyat Malaysia. Manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Perseketuan. Bahasa Melayu menjadi salaha satu penggerak jentera pentadbiran negara. Ia mengisi erti pendemokrasian pendidikan dengan pelbagai ilmu disampaikan kepada rakyat melalui bahasa yang satu. Kemenangan sistem pendidikan membentukkan kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai dan pandangan sarwa dan terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Masalah pelaksanaan dasar bahasa ialah ketidatekalan sikap, pendirian, perlaksanaan, pemahaman silap tentang konsep dan falsafah pembangunan orang bukan Melayu mementingkan bahasa sendiri dan orang Melayu yang celik memandang rendah akan bahasa sendiri.

PEMANTAPAN DAN KEMANTAPAN KORPUS BAHASA MELAYU SEBAGAI PRASYARAT

  Terlepas daripada polemik, linguistik, sosiolinguistik tentang sistem bahasa yang dimantapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dapat dikataka bahawa Bahasa Melayu telah mencapai kemantapan korpusnya. Permantapan korpus bahasa dalam pelbagai istilah dan tafsiran mempunyai erti yang paling penting dalam pembinaan tamadun bangsa dan negara. Bangsa yang bertamadun memiliki bahasa yang standard dan ragam. Sekiranya melihat penguasaan sistem Bahasa Melayu masih belum mencapai tahap penggunaan Bahasa Melayu tinggi.

MERENUNG DAN MERANCANG PEMERKASAAN BAHASA MELAYU PADA WAKTU MENDATANG.

  1. Perancangan yang berkaitan dengan taraf dan peranan bahasa Melayu
  • Peruntukkan undang-undangtentang taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam perlaksanaan dan penguatkuasaannya.
  • Taraf dan peranan bahasa Melayu perlu diperluas ranah penggunaanya.
  • Taraf dan penggunaan bahasa sebagai bahasa pengantar pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 17 (1) Akta Pendidikan 1996 hendaklah dikuatkuasakan dalam sistem pendidikan negara.
  • Pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu untuk pelbagai lapisan khalayak perlu dijadikan agenda negara.
  • Perlu ditubuhkan jabatan dan unit audit bahasa yang memantau penguatkuasaan dasar bahasa, terutama dalam bidang pentadbiran.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka yang diaktakan sebagai badan perancangan bahasa dan sastera kebangsaan hendaklah diberi wewenang sebagaimana yang seharusnya.
2. Perancangan yang berkaitan dengan pemupukan bahasa Melayu tinggi
  • Sebagai bahasa tonggak tamadun, usaha bersepadu melalui semua kementerian , jabatan dan agensi kerajaan  serta swasta perlu dirancang untuk membudayakan atau memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi.
  • Media cetak atau elektronik perlu meningkatkan peranan dalam pembudayaan bahasa Melayu tinggi.
3. Langkah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional
  • Bahasa Melayu perlu dirancang menjadi bahasa Supranasional, iaitu bahasa serantau dan bahasa antarabangsa.
 KESIMPULAN

Pada pendapat saya, syarahan ini sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat untuk menyedarkan peranan masing-masing dalam memartabatkan bahasa. Saya berharap agar ketekalan sikap dan pendirian para pemimpin negara agar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pencang pembinaan negara bangsa perlu ditingkatkan dan diperkukuh. 

* BAHASA JIWA BANGSA*

No comments:

Post a Comment