ENTRI 1 : PERANAN BAHASA DAN SASTERA , JURNAL PERADABAN MELAYU, JILID 5, TAHUN 2007
Jurnal ini membicarakan tentang bahasa pada manusia merupakan ciri yang penting bagi sifat kemanusiaan manusia.Bahasa dianggap sebagai alat komunikasi , pembina budaya, dan pandangan alam seseorang. Seseorang perlu memberi keutamaan kepada bahasa dan budaya atau sastera bangsanya.Bahasa Melayu mempunyai nilai sastera, budaya dan agama yang istimewa. Pada abad ke-16 dan ke-17 Bahasa Melayu mencapai taraf bahasa antarabangsa, bahasa penyebaran agama di dunia.
PERANAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara yang dikenali sebagai bahasa kebangsaan, maka tarafnya amat tinggi.Bahasa Melayu terbukti dapat menjadi bahasa pengantar pendidikan setanding dengan bahasa-bahasa lain.Bahasa kebangsaan dianggap sebagai pemersatu dan alat komunikasi rakyat.Kekuatan bahasa juga dapat menjamin kelangsungan peradaban.
Peranan seterusnya ialah Bahasa Melayu digunakan sebagai beberapa undang-undang dan digunakan dalam peraturan-peraturan pejabat.Terdapat juga tiga undang-undang di Malaysia iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud kerajaan perseketuan, badan berkanun, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Manakala undang-undang yang ketiga ialah rakyat Malaysia tidak dilarang menganuti, belajar atau mendidik bahasa-bahasa lain.
Peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi lisan dan tulisan digunakan dalam semua agenda rasmi kerajaan. Bahasa ini dianggap sebagai bahasa perpaduan masyarakat Malaysia kerana penutur bahasa dan kegunaan umum antara individu berlainan etnik.Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai alat komunikasi antara sektor awam dan swasta dan korporat. Ia sering digunakan dalam proses penyebaran informasi dalam bentuk iklan, pengumuman, arahan dan seumpamanya melalui siaran media massa.
Selepas kemerdekaan , Bahasa Melayu dalam tempoh yang singkat, mengambil alih keistimewaan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi dan bahasa ilmu. Bahasa Melayu juga memainkan peranan penting dalam memupuk keseniaan bangsa dengan penghayatan dan penyertaan yang menyeluruh.Bahasa Melayu mampu memupuk resam, nilai, dan norma sesuatu bangsa.
PERANAN KESUSASTERAAN
Matapelajaran kesusasteraan diperkenalkan pada 1957 untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohaniaan, kemanusiaan dan kebudayaan. Selepas munculnya pendidikan kesusasteraan Melayu, pelbagai keseniaan kreatif, keindahan karya sastera dan kemahiran menguasai Bahasa Melayu dapat dipertingkatkan.
Peranan utamanya ialah membina insaniah dalam kehidupan manusia.Marcapada ini, manusia bijak dalam bidang Sains dan teknologi tetapi gagal dalam usaha melahirkan manusia yang berakhlak dab berjati diri.Kesusasteraan Melayu membantu untuk memperkembangkan pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa di peringkat awal.Manakala di peringkat universiti pelajar dididik teknik penulisan ilmiah, pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran.
Sastera juga membantu dalam usaha pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Bahasa Melayu. Proses Pengayaan ini menjadi agenda utama dasar pentadbiran negara.kesusasteraan boleh didefinisikan sebagai satu cabang keseniaan yang berteraskan cinta iaitu cinta kepada keindahan dan kebenaran. Sastera meliputi seliputi semua aspek kehidupan manusia secara luas.
PERANAN BAHASA DAN SASTERA: UMPAMA IRAMA DAN LAGU
Pada tahun 1924, kegiatan karang-mengarang diasaskan oleh O.T.Dussek dan Zaaba di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Tujuan utama pejabat ini dibentuk untuk mengeluarkan buku-buku sekolah dan bahan-bahan bacaan yang berunsur sastera untuk masyarakat. Sumbangan utama Pejabat karang mengarang ialah memperkenalkan buku-buku bacaan umum, karya popular dari barat dan membezakan hasil kesusasteraan dunia dengan hikayat-hikayat lama yang mewarisi secara turun-tumurun.
Pusat penerbitan akhbar dan majalah yang awal dibentuk di Singapura menyebabkan kumpulnya tenaga-tenaga penulis muda yang bermatlamat memajukan dan memodenkan bahasa.Ilmu sastera tidak boleh disampaikan melalui ragam bahasa rendah. Oleh itu, secara memahami ,mempelajari karya sastera memerlukan ilmu bantu iaitu bahasa yang merangkumi semantik, mantik psikologi, linguistik dan sebagainya.
Ilmu bahasa mempunyai pertalian yang amat rapat dengan penghasilan karya kreatif morfologi, sintaksis fonologi dan semantik merupakan aspek bahasa yang digunakan oleh penulis dalam karyanya.Secara ringkas, morfologi ialah bidang yang berhubung dengan pembentukan kata, sintaksis pula merupakan budang yang berhubung dengan pembentukan ayat. Manakala fonologi ialah bidang yang berhubung dengan sistem bunyi sesuatu bahasa dan yang akhir pula semantik ialah bidang yang berhubung dengan makna.
Kesimpulannya Bahasa Melayu ialah alat komunikasi dan asas pembinaan sesebuah tamadun.Generasi akan datang perlu menggunakan bahasa yang betul dan tepat untuk mengekalkan keindahan bahasa. Jadi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu berperanan membawa dan menggerakkan kehidupan kebudayaan bangsanya meliputi akal fikiran dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan.
No comments:
Post a Comment